Image Banner

CINTA DUNIA VS CINTA AKHIRAT

AL-IMAM HASAN AL-BASRI R.HM. BERKATA: “TIDAKLAH AKU BERASA PELIK TERHADAP SESUATU SEPERTI YANG KURASAI KE ATAS ORANG YANG TIDAK MENGGANGAP CINTA DUNIA SEBAHAGIAN DARI DOSA BESAR. DEMI ALLAH! SUNGGUH ORANG YANG MENCINTAINYA BENAR-BENAR TERMASUK DOSA YANG BESAR. DAN TIDAKLAH DOSA-DOSA MENJADI BERCABANG-CABANG MELAINKAN KERANA MENCINTAI DUNIA. BUKANKAH PUNCA MENYEMBAH PATUNG SERTA MENDERHAKAI AL-RAHMAN ADALAH KERANA CINTA DUNIA DAN LEBIH MENGUTAMAKANNYA?”

(MAWA’IZH AL-IMAM HASAN AL-BASRI, HAL 138)
AL-IMAM SUFYAN AL-TSAURI R.HM. BERKATA: “TELAH SAMPAI KEPADAKU BAHAWASANYA AKAN DATANG SATU MASA KEPADA UMAT MANUSIA DI MANA PADA MASA ITU SEMUA HATI-HATI MANUSIA DIPENUHI OLEH KECINTAAN TERHADAP DUNIA, SEHINGGA HATI-HATI TERSEBUT TIDAK DAPAT DIMASUKI RASA TAKUT TERHADAP ALLAH S.W.T. DAN ITU DAPAT ENGKAU KETAHUI APABILA ENGKAU TELAH MEMNUHI SEBUAH BAKUL KULIT DENGAN SESUATU HINGGA PENUH, KEMUDIAN ENGKAU CUBA MEMASUKKAN BARANG LAIN KE DALAMNYA NAMUN ENGKAU TIDAK MENDAPATI RUANG UNTUKNYA LAGI.”
BELIAU BERKATA LAGI : “SESUNGGUHNYA AKU BENAR-BENAR DAPAT MENGENALI KECINTAAN SESEORANG TERHADAP DUNIA BERDASARKAN CARA PENGHORMATANNYA TERHADAP AHLI DUNIA.” (MAWA’IZH AL-IMAM SUFYAN AL-TSAURI, HAL 120)
SIFAT ORANG CINTA DUNIA
1. TAMAK TERHADAP SESUATU
2. TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN
3. SUKA SALAHKAN ORANG APABILA GAGAL
4. MENGHALALKAN SEGALA CARA DALAM MENCARI REZEKI
5. SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA HINGGA MELUPAKAN AKHIRAT
6. TIDAK MEMILIKI PENDIRIAN YANG KUAT DALAM MENCARI KEBENARAN

CINTA AKHIRAT
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: “SESIAPA YANG MENJADIKAN AKHIRAT HARAPANNYA, ALLAH AKAN MENJADIKAN RASA CUKUP DI DALAM HATINYA SERTA MEMPERSATUKANNYA, DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DALAM KEADAAN MENYERAH DIRI. TETAPI SESIAPA YANG DUNIA MENJADI HARAPANNYA, ALLAH AKAN MENJADIKAN KEFAKIRAN BERADA DI DEPAN MATANYA SERTA MENCERAI-BERAIKANNYA, DAN DUNIA TIDAK AKAN DATANG KEPADANYA KECUALI DALAM SEKADAR APA YANG TELAH DITETAPKAN BAGINYA.” (RIWAYAT AL-TIRMIZI)
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD: “SESIAPA YANG MENGHENDAKI KEUNTUNGANDI AKHIRAT AKAN KAMI TAMBAH KEUNTUNGAN ITU BAGINYA. DAN SESIAPA YANG MENGHENDAKI KEUNTUNGAN DI DUNIA, KAMI BERIKAN KEPADANYA SEBAHAGIAN DARI KEUNTUNGAN DUNIA DAN TIDAK ADA BAGINYA SUATU BAHAGIAN PUN DI AKHIRAT.” (SURAH AL-SYURA 42:20)
MEREKA YANG CINTA AKHIRAT DIBERI KEMUDAHAN MENIKMATI DUNIA. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD: “DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI ITU MUDAH BAGI KAMU. MAKA BERJALANLAH DI SEGALA PENJURUNYA DAN MAKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA REZEKINYA DAN HANYA KEPADANYA LAH KAMU (KEMBALI SETELAH) DIBANGKITKAN.” (SURAH AL-MULK 67:15)

UNTUNG CINTA AKHIRAT
1. SIAPA YANG BERAMAL UNTUK AKHIRATNYA, ALLAH AKAN MENCUKUPKAN DUNIANYA.
2. SIAPA YANG MEMPERBAIKI HUBUNGAN ANTARA DIRINYA DENGAN ALLAH, ALLAH AKAN MEMPERBAIKI HUBUNGAN DIRINYA DENGAN MANUSIA LAIN.
3. SIAPA YANG MEMPERBAIKI KEADAAN BATINNYA, ALLAH AKAN MEMPERBAIKI KEADAAN LAHIRNYA.
4. SIAPA YANG MENJADIKAN AKTIVITINYA UNTUK AKHIRAT, MAKA TIDAK AKAN LEWAT SATU HARIPUN MELAINKAN DIA AKAN KEMBALI

ORANG YANG INGAT AKHIRAT
1. TIDAK MELIHAT URUSAN DUNIA KECUALI DIA AKAN MENGAITKAN DENGAN AKHIRAT
2. TIDAK BERKUMPUL DENGAN KELUARGANYA KECUALI MEMBAYANGKAN AKAN BERKUMPUL BERSAMA PENDUDUK SYURGA
3. TIDAK MENGENAKAN PAKAIAN KECUALI TERINGAT AKAN PAKAIAN SUTERA MILIK PENGHUNI SYURGA
4. TIDAK MENYEBERANGI SEBUAH JAMBATAN KECUALI TERINGAT AKAN TITIAN SIRAT DI ATAS NERAKA
5. TIDAK MENDENGAR SUARA YANG KUAT MELAINKAN MENGINGATKANNYA AKAN TIUPAN SANGKAKALA
6. TIDAK PERNAH BERBICARA TENTANG SUATU PERKARA, MELAINKAN ADA KAITANNYA DENGAN AKHIRAT

SUMBER : MAJALAH SOLUSI ISU 18 HAL 13

LAGI

UPSR: TERUSKAN PERJALANAN SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG BERUSAHA

PADA TAHUN 1986, SAYA MENDAPAT 5A DI DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5 (SEBELUM DITUKAR KEPADA UPSR).

PADA TAHUN 1996, SUDAH TIADA SIAPA KISAH DENGAN KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN ITU.

PADA TAHUN 2006, 5A ITU SUDAH HAMPIR LUPUT DARI INGATAN.

TETAPI YANG KEKAL HINGGA KE TAHUN 2012 IALAH PENGALAMAN BELAJAR, BERUSAHA, KEYAKINAN DIRI, DOA, DAN TAWAKKAL. SEMUA ITU BERGUNA PADA TAHUN 2012 HINGGA KE AKHIR HAYAT.

MAKA DENGAN KELUARNYA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2012 HARI INI, PARA IBU BAPA DAN GURU, RAIKANLAH APA YANG MAKNANYA KEKAL DALAM KEHIDUPAN ANAK-ANAK KITA. PUJI USAHA, DOA DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA, LEBIH BANYAK DARIPADA KEPUTUSAN YANG MEREKA PEROLEHI.

BIAR APA YANG KEKAL DI MEMORI MEREKA ADALAH APA YANG MEREKA PERLUKAN SEBAGAI BEKALAN KEJAYAAN HIDUP INI. BUKAN KEBANGGAAN SEMENTARA YANG PANTAS HILANG DITELAN MASA.

SYABAS BUAT SEMUA ANAK MURID YANG BERUSAHA. TAHNIAH BUAT MEREKA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN TINGGI, IA BONUS YANG MENGGEMBIRAKAN DIRI.

KEJAYAAN BUKAN DESTINASI. IA SEBUAH PERJALANAN.

APA SAHAJA KEPUTUSAN, TERUSKAN PERJALANAN SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG BERUSAHA!

TUJUH BUAH FIKIRAN

1. MEMUJI ANAK-ANAK IALAH SATU BENTUK GANJARAN YANG MENJADI KAEDAH MENGGALAKKAN MEREKA SECARA POSITIF.
2. MEMUJI, ADALAH LEBIH BAIK KEPADA MEMUJI PERBUATAN ANAK DAN BUKANNYA MEMUJI ANAK TANPA MENGAITKAN DENGAN SESUATU YANG MEREKA BUAT. IA AKAN MENGELIRUKAN ANAK-ANAK TENTANG SEBAB KEBAGUSAN MEREKA.
3. PUJIAN KITA BERGANTUNG KEPADA SISTEM NILAI YANG KITA PEGANG DALAM HIDUP. KITA AKAN MEMUJI APA YANG KITA RASA BERNILAI. SETIAP KALI IBU BAPA MAHU MEMUJI ANAK, SISTEM NILAI MEREKA AKAN DIUJI.
4. PUJILAH APA YANG BENAR-BENAR BERNILAI UNTUK JANGKA MASA PANJANG KEHIDUPAN ANAK. APABILA KELUAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, WALAUPUN ANAK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK SEKALI PUN, IBU BAPA HARUS MEMUJI USAHA, DOA, TAWAKKAL DAN KEYAKINAN DIRI ANAK-ANAK, LEBIH DARIPADA PUJIAN YANG DIBERIKAN KEPADA KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHI.
5. PUJIAN KEPADA USAHA, LEBIH DARIPADA PUJIAN KEPADA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, MEMBANTU ANAK-ANAK MEMAHAMI BAHAWA KEJAYAAN DI DALAM HIDUP BUKAN DESTINASI, TETAPI IA ADALAH SEBUAH PERJALANAN.
6. APABILA SESEORANG ITU BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, DIA SUDAH PUN MEMILIH UNTUK BERSIKAP DENGAN SIKAP ORANG BERJAYA. MAKA APA SAHAJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIPEROLEHI, SESEORANG ITU SUDAH PUN MEMILIKI BEKALAN UNTUK CEMERLANG DALAM HIDUP.
7. SISTEM PENDIDIKAN KITA MESTI MENJADIKAN ANAK-ANAK (MURID) SEBAGAI ‘PELANGGAN UTAMA’ YANG MESTI DIRAIKAN, LEBIH DARIPADA MERAIKAN IBU BAPA, GURU, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DAN NEGERI MAHU PUN KEMENTERIAN DAN MENTERI.
ARTIKEL ASAL : SAIFULISLAM.COM

LAGI

BANYAK BERZIKIR HATI TENTERAM

PENGERTIAN ZIKIR ADALAH MENGINGAT ALLAH ATAU MENYEBUT ALLAH. JIKA SEANDAINYA KITA SELALU BERZIKIR, SUDAH TENTU KITA SELALU MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH. KETAHUILAH BAHAWA DALAM AL-QURAN BANYAK AYAT YANG MENGANJURKAN SUPAYA SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH SEPERTI TERTERA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 152 YANG MEMBAWA MAKSUD

"MAKA BERZIKIRLAH KAMU AKAN AKU SUPAYA AKU MENYEBUT AKAN KAMU DAN SYUKURILAH OLEHMU AKAN AKU DAN JANGAN KAMU INGKARI AKAN (NIKMAT KU)"


DALAM SURAH AL- ANFAAAL AYAT 45 TURUT MEMBAWA MAKSUD: "UCAPKANLAH OLEHMU AKAN ALLAH DENGAN SEBUTAN YANG BANYAK SUPAYA KAMU BEROLEH KEMENANGAN" JUGA DINYATAKAN DALAM SURAH AR-RA'DU AYAT 28 YANG MEMBAWA MAKSUD: "ORANG YANG BERIMAN DAN HATI MEREKA MENJADI TENTERAM DENGAN ZIKRULLAH. INGATLAH HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI MENJADI TENTERAM"

MANAKALA RASULULLAH PULA BERSABDA: "TIDAK DUDUK SATU JAMAAH MENGUCAPKAN ZIKRULLAH, MELAINKAN (DI TEMPAT ITU) SUDAH DIKELILINGI MALAIKAT YANG DIPENUHI RAHMAT DAN DITURUNKAN KEPADA MEREKA SAKINAH ATAU KETENANGAN HATI".

PERLU DIKETAHUI PULA JIKA SESAORANG YANG TIDAK PERNAH BERFIKIR DAN MENGINGATI ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENURUNKAN SYAITAN SEBAGAI TEMAN DALAM HIDUPNYA. ALLAH BERFIRMAN DALAM AL-QURAN SURAH AL-ARAF AYAT 204 BERMAKSUD: "BARANG SIAPA YANG BERPALING AKAN ZIKIR KEPADA ALLAH, MAKA KAMI TURUNKAN KEPADANYA SYAITAN YANG TERUS MENERUS MENJADI KAWAN SEIRING BAGINYA".

DENGAN DEMIKIAN BERTAPA HIKMAH DARIPADA ZIKIR ITU, DISAMPING MENDAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH. BAGI YANG MEMBACA HATINYA AKAN MENJADI TENTERAM DAN PENUH SAKINAH DALAM KEHIDUPANNYA.

 

LAGI

3 PANDUAN ASAS MEDIDIK ANAK KENALI TANDA BALIGH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG)
PENGALAMAN MENJADI GURU AGAMA A.K.A KEPADA PELAJAR FASA REMAJA SESUATU YANG BERHARGA BUAT MF. SEBAB APA? SEBABNYA FASA REMAJA NI ADALAH PERUBAHAN DARI KANAK-KANAK KE ALAM REMAJA. SALAH SATU PERKARA YANG DITEKANKAN DALAM FASA INI IALAH FASA BALIGH.

MASA UMUR TINGKATAN SATU, DUA NI LAH KEBANYAKAN PELAJAR MF AKAN CAPAI USIA BALIGH. MEREKA MULA DITEKANKAN DENGAN BAB MANDI WAJIB DAN JUGA ASAS AQIDAH YANG LAIN.

BILA SEBUT BAB BALIGH NI... MF SELALU BERI TUMPUAN KEPADA PELAJAR LELAKI... SEBAB KALAU PELAJAR PEREMPUAN NI KEBANYAKANNYA TAHU FASA BALIGH MEREKA IAITU KEDATANGAN HAID. TAMBAHAN PULA ZAMAN MODEN SEKARANG NI...WANITA HAID NI DAH TAK TAHU MALU... MAU TAKNYA.. ZAMAN MF DULU MANA ADA IKLAN PAD ATAU TUALA WANITA SEPERTI SEKARANG NI. JADI, TAK MUSTAHIL BUDAK SEKOLAH TADIKA TAHU KEGUNAAN BENDA ALAH TU KAN...

JADI, DARI PENGALAMAN MF NI, KEBANYAKAN PELAJAR TAK TAHU MEREKA DAH BALIGH KE BELUM... SEBENARNYA BAB NI PERLU DITEKANKAN OLEH IBU BAPA... IBU BAPA YANG PERLU DIDIK AWAL DAN DIKUKUHKAN DENGAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH. TAPI SEBALIKNYA, DAH KAT SEKOLAH BARU NAK TAHU BAB BALIGH NI...

IBU BAPA WAJIB AMBIL PERANAN UNTUK MENGHADAPI FASA ANAK BALIGH NI... MEREKA PERLU JELASKAN TIGA PERKARA ASAS. SEMUA PERKARA INI PERLU DILAKUKAN SETAHUN ATAU DUA TAHUN SEBELUM MEREKA MENCAPAI USIA MATANG.

SUMBER: GOOGLE IMAGES

TIGA PERKARA ASAS YANG PERLU DIJELASKAN KEPADA ANAK-ANAK SEBELUM MEREKA BALIGH:

1. MENGENALI DARAH HAID BAGI ANAK PEREMPUAN DAN AIR MANI DAN MIMPI BASAH BAGI ANAK LELAKI. SEBAIKNYA IBU MEMAINKAN PERANAN MENJELASKAN MENGENAI KEDATANGAN HAID BAGI ANAK GADIS YANG MENCAPAI USIA TERTENTU SEKITAR SEMBILAN ATAU 10 TAHUN. KESAN DARIPADA PENGELUARAN DARAH HAID INI MUNGKIN MENYEBABKAN ANAK BERASA SAKIT SEDIKIT ATAU SAKIT YANG TERUK SEPERTI SENGGUGUT. DIA JUGA MUNGKIN BERASA LEMAH DAN TIDAK BERMAYA UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA LAIN.

BAGI LELAKI PULA, BAP LEBIH SESUAI MEMBERIKAN PENJELASAN MENGENAI BALIGH DAN MIMPI BASAH PERTAMA YANG MENANDAKAN AKIL BALIGH. DALAM USIA ANAK MENCAPAI 12 HINGGA 15 TAHUN, MEREKA SUDAH MULA MENGALAMI MIMPI BASAH, IAITU MIMPI YANG MENYEBABKAN MEREKA MENGELUARKAN AIR MANI. MIMPI YANG BAGAIMANA YANG DIKATAKAN MIMPI BASAH TU... PERLU DITERANGKAN KEPADA ANAK SEBAGAI PENDEDAHAN AWAL. BAPA JUGA PERLU MENERANGKAN CIRI-CIRI AIR MANI YANG PEKAT, BEWARNA KEPUTIHAN DAN BAUNYA PERLU DITERANGKAN KEPADA ANAK. SEKIRANYA TIDAK, DIBIMBANGI ANAK TIDAK DAPAT MENGETAHUI DIA TELAH BERMIMPI BASAH DAN TIDAK MANDI WAJIB.

2. MENJELASKAN PERUBAHAN YANG BERLAKU KE ATAS FIZIKAL DAN EMOSI MEREKA BAGI MEMBANTU MEREKA MENGHADAPINYA DENGAN BAIK.

A. PERUBAHAN FIZIKAL DAN MENTAL BAGI ANAK PEREMPUAN YANG TELAH BALIGH. - PAYUDARA MENJADI LEBIH BESAR DARIPADA SEBELUM INI. PEMBESARAN SECARA PERLAHAN-LAHAN INI KADANG KALA RASA SAKIT HINGGA TIDAK BOLEH DISENTUH. - BULU ARI-ARI MULA TUMBUH PADA BAHAGIAN ARI-ARI. MEREKA PERLU DIAJAR MENCUKUR BAGI MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN SULIT. IBU BAPA KENA BELIKAN PENCUKUR UNTUK MEREKA MEMBERSIHKAN BAHAGIAN ALAT SULIT.

B. PERUBAHAN FIZIKAL DAN EMOSI LELAKI YANG BALIGH: - SUARA MENJADI GARAU DAN SERAK. - BULU ARI-ARI MULA TUMBUH PADA KEMALUAN - OTOT TUBUH MULA KELIHATAN. - MISAI DAN JANGGUT TUMBUH.

3. MENGAJAR KEPADA MEREKA HUKUM HAKAM BAGI ANAK YANG SUDAH BALIGH. MASA NI KENA AJAR DAH APA ITU HADAS BESAR DAN HADAS KECIL.

PERNAH MF TANYA ANAK MURID MF APA BEZA HADAS BESAR DAN KECIL.. BOLEH MEREKAJAWAB, HADAS BESAR TU BUANG AIR BESAR DAN HADAS KECIL TU BUANG AIR KECIL... HUHU... MENGUCAP PANJANG DENGAR JAWAPAN MACAM TU DARI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN DUA.

A. KEWAJIPAN MELAKSANAKAN IBADAT BAGI ANAK YANG SUDAH BALIGH ADALAH SEPERTI ORANG DEWASA. APABILA BALIGH, MEREKA SUDAH WAJIB MENUNAIKAN SOLAT FARDU DAN PUASA RAMADAN DENGAN SEMPURNA. SEKIRANYA SEBELUM BALIGH IBU BAPA SUDAH MENDIDIK MEREKA BERSOLAT DAN BERPUASA DENGAN BAIK, TIADA MASALAH BAGI MEREKA MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB INI DENGAN SEMPURNA. APA PUN PERLU DITEKANKAN BAHAWA BILA SUDAH BALIGH JIKA SENGAJA TAK BUAT AKAN BERDOSA.

B. PENGHARAMAN BERIBADAH SEPERTI SOLAT, MEMBACA DAN MEMEGANG AL-QURAN DAN PUASA KETIKA SEDANG HAID.

C. MENGENALI WAKTU PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN DARAH HAID BAGI MENGETAHUI WAKTU WAJIB MELAKUKAN IBADAH DAN WAKTU DIHARAMKAN. TEMPOH MINIMUM HAID ADALAH SEHARI SEMALAM, TEMPOH BIASA IALAH TUJUH HARI TUJUH MALAM SEMENTARA PALING LAMA IALAH SELAMA 15 HARI. SELEPAS HARI KE-15, DARAH YANG KELUAR DIANGGAP SEBAGAI DARAH ISTIHADHAH YANG MEWAJIBKAN PEREMPUAN BERSOLAT. MEREKA PERLU DIAJAR BERSUCI, BERWUDUK DAN BERSOLAT DALAM KEADAAN ISTIHADAH. BAB DARAH NI SANGAT JARANG ANAK-ANAK TAHU. SAMPAI KAT SEKOLAH BARU NAK TAHU... ITUPUN JIKA DITERANGKAN OLEH USTAZAH... JIKA TAK PASTI MEREKA MALU NAK TANYA.

D. MENUNJUKKAN TATACARA MANDI WAJIB SELEPAS BERSIH DARIPADA HAID ATAU SELEPAS MIMPI BASAH ATAU SELEPAS KELUAR AIR MANI. KECUAIAN DALAM MENDIDIK ANAK MANDI WAJIB DENGAN SEMPURNA MENYEBABKAN HADAS BESAR TIDAK TERANGKAT DAN SEGALA IBADAH YANG MEWAJIBKAN BERSIH DARIPADA HADAS BESAR, MENJADI TIDAK SAH. PERKARA NI PUN RAMAI TAK TAHU... SAMPAI KAT SEKOLAH BARULAH NAK BELAJAR MANDI WAJIB YANG BETUL. BAGI MF ZAMAN SEKARANG NI DAH TAK SUSAH... BUKU BERSEPAH DI PASARAN... MALAS SANGAT GOOGLE AJE... INSHA ALLAH ADA CARANYA...

E. MENGURUSKAN TUALA WANITA YANG TELAH DIGUNAKAN. TUALA WANITA YANG MEMPUNYAI DARAH HAID PERLU DIURUSKAN DENGAN BAIK. TUALA YANG BERDARAH INI SEBAIKNYA DIBASUH DULU HINGGA HILANG KESAN DARAH PADANYA SEBELUM DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH ATAU LEBIH BAIK DITANAM.

F. PERLU WAJIB PELIHARA AURAT. MEMBIMBING MEREKA MEMELIHARA AURAT MEREKA DAN MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA DARIPADA MELIHAT AURAT ORANG LAIN. APABILA BALIGH, BERLAKU PERUBAHAN PADA TUBUH ANAK GADIS HINGGA MENJADIKANNYA LEBIH WANITA DARIPADA SEBELUM INI. JUSTERU, MEREKA PERLU MEMELIHARA AURAT MEREKA DAN MEMAKAI PAKAIAN YANG MEMELIHARA AURAT DENGAN SEMPURNA. MEREKA JUGA PERLU DILATIH AGAR MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA DARIPADA MELIHAT AURAT ORANG LAIN DAN MELIHAT PERKARA YANG BOLEH MENAIKKAN SYAHWAT SEPERTI MENONTON TELEVISYEN DAN MELAYARI INTERNET.

BAB AURAT NI SEBAIKNYA DIDIKLAH SEDARI ANAK PEREMPUAN TU KECIL. BIASAKAN MEREKA PAKAI BAJU YANG LONGGAR DAN BERLENGAN PANJANG SERTA BERTUDUNG... LATIH AWAL TANPA PAKSAAN... BUKAN APA... JIKA DAH BALIGH BARU NAK AJAR, AGAK LIAT NANTI.. JADI BILA DAH TERBIASA.. INSHA ALLAH.. TAKDE MASALAH ANAK TU NAK IKUT... TUTUP AURAT BUKAN SEKADAR TUDUNG... TAPI JUGA PAKAIAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA.

G. HADKAN PERGAULAN MEREKA DENGAN KAWAN-KAWAN DAN AHLI KELUARGA. SEKIRANYA SEBELUM INI, ANAK PEREMPUAN KITA BEBAS BERMAIN BERSAMA ADIK BERADIK, SAUDARA MARA DAN JIRAN YANG BERLAINAN JANTINA, SELEPAS BALIGH PERGAULAN SEPERTI INI PERLU DIHADKAN. SENDA GURAU ANTARA ADIK BERADIK JUGA ADA HAD TERTENTU. MALAH MEREKA JUGA PERLU MENJAGA BATASAN MEREKA DENGAN IBU BAPA MEREKA SENDIRI. TIDAK BOLEH LAGI BERPELUK CIUM SECARA BERLEBIH DENGAN ABANG, ADIK LELAKI, AYAH, BAPA SAUDARA ATAU DATUK.

H. MEMELIHARA AURAT WAKTU DENGAN MEMINTA IZIN TERLEBIH DULU SEBELUM MEMASUKI BILIK IBU BAPA ATAU SAUDARA YANG SUDAH BERKELAMIN. FIRMAN ALLAH BERKAITAN ISU INI BERMAKSUD: “WAHAI ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH HAMBA-HAMBA KAMU DAN ORANG YANG BELUM BALIGH DARIPADA KALANGAN KAMU, MEMINTA IZIN KEPADA KAMU (SEBELUM MASUK KE TEMPAT KAMU) DALAM TIGA MASA; (IAITU) SEBELUM SEMBAHYANG SUBUH, DAN KETIKA KAMU MEMBUKA PAKAIAN KERANA KEPANASAN TENGAH HARI, DAN SESUDAH SOLAT ISYAK; ITULAH TIGA MASA BAGI KAMU (YANG BIASANYA TERDEDAH AURAT KAMU PADANYA). KAMU DAN MEREKA TIDAKLAH BERSALAH KEMUDIAN DARI TIGA MASA BERKENAAN, (KERANA MEREKA) ORANG YANG SELALU KELUAR MASUK DI ANTARA KAMU DAN MEREKA. DAN APABILA KANAK-KANAK DARIPADA KALANGAN KAMU TELAH BALIGH, MAKA HENDAKLAH MEREKA MEMINTA IZIN SAMA SEPERTI CARA MINTA IZIN ORANG YANG BERKENAAN DULU, DEMIKIANLAH ALLAH MENERANGKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT-NYA; DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA. – (SURAH AN-NUR, AYAT 23-24)

INILAH PERANAN IBU BAPA BILA ANAK MENCAPAI USIA BALIGH... JANGAN PANDANG MUDAH... INI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI IBU BAPA.. BUKAN TANGGUNGJAWAB CIKGU SEKOLAH... PENDIDIKAN AWAL BERMULA DARI RUMAH... JANGAN HANYA TEKANKAN BAB AKADEMIK SAHAJA, TANPA TERAPKAN ILMU ASAS FARDHU AIN DI RUMAH.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA.

LAGI

KETENANGAN

SAHABAT-SAHABAT PARA PEMBACA SEMUA. DALAM ARTIKEL KALI INI, SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN ANDA, 10 CARA BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN JIWA, TERUTAMANYA KHUSUS BAGI MEREKA YANG MERASAKAN HIDUP MEREKA TIDAK TENTERAM DAN TIDAK TENANG.

KETAHUILAH BAHAWA, AGAMA KITA, ISLAM ADA MEMBERIKAN UBAT DAN PENAWAR DALAM MERAWAT KETENANGAN. BERIKUT ADALAH PERKARA-PERKARA ATAU LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT KETENANGAN JIWA.

1. MEMBACA DAN MENDENGARKAN AL-QURAN

SUATU KETIKA SESEORANG DATANG KEPADA IBNU MAS’UD, SALAH SEORANG SAHABAT UTAMA RASULULLAH. DIA MENGELUH:
“WAHAI IBNU MAS’UD, NASIHATILAH AKU DAN BERILAH UBAT BAGI JIWAKU YANG GELISAH INI. SEHARIAN HIDUPKU PENUH DENGAN PERASAAN TIDAK TENTERAM, JIWA GELISAH DAN FIKIRANKU KUSUT. MAKAN TAK ENAK, TIDUR PUN TIDAK NYENYAK.”
IBNU MAS’UD MENJAWAB: “KALAU PENYAKIT ITU YANG MENIMPAMU, MAKA BAWALAH HATIMU MENGUNJUNGI TIGA TEMPAT.
PERTAMA, TEMPAT ORANG MEMBACA AL-QURAN. ENGKAU BACA AL-QURAN ATAU ENGKAU DENGAR BAIK-BAIK ORANG YANG MEMBACANYA.
KEDUA, ENGKAU PERGI KE MAJLIS PENGAJIAN YANG MENGINGATKAN HATIMU KEPADA ALLAH.
KETIGA, ENGKAU CARI WAKTU DAN TEMPAT YANG SUNYI. DI SANA, ENGKAU BERTAFAKUR MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH. NASIHAT SAHABAT NABI ITU SEGERA DILAKSANAKAN ORANG ITU.
APABILA SAMPAI DI RUMAH, SEGERA DIA BERWUDUK KEMUDIAN DIAMBILNYA AL-QURAN DAN DIBACANYA DENGAN PENUH KHUSYUK. SELESAI MEMBACA, DIA MENDAPATI HATINYA BERTAMBAH TENTERAM DAN JIWANYA TENANG, FIKIRANNYA SEGAR, HIDUPNYA TERASA BAIK KEMBALI.
PADAHAL, DIA BARU MELAKSANAKAN SATU DARIPADA TIGA NASIHAT YANG DISAMPAIKAN SAHABAT RASULULLAH ITU.


2. MENYAYANGI ORANG MISKIN

RASULULLAH MEMERINTAHKAN KEPADA MUSLIM YANG PUNYA KELEBIHAN HARTA UNTUK MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ORANG MISKIN.
TERNYATA, SIKAP DERMAWAN ITU BOLEH MENDATANGKAN KETENANGAN JIWA. MENGAPA? DALAM SEBUAH HADIS MENJELASKAN BAHAWA MALAIKAT SELALU MENDOAKAN ORANG YANG DERMAWAN:
“SETIAP PAGI HARI DUA MALAIKAT SENANTIASA MENDAMPINGI SETIAP ORANG. SALAH SATUNYA MENGUCAPKAN DOA: YA ALLAH! BERIKANLAH BALASAN KEPADA ORANG YANG BERINFAK. DAN MALAIKAT YANG KEDUA PUN BERDOA: YA ALLAH! BERIKANLAH KEPADA ORANG YANG KIKIR ITU KEBINASAAN.”
DARIPADA HADIS BERKENAAN DAPAT DISIMPULKAN BAHAWA ORANG YANG DERMAWAN ITU AKAN MEMPEROLEH DUA BALASAN.
PERTAMA, DIA MENDAPAT GANJARAN ATAS APA YANG DIBERIKANNYA KEPADA ORANG LAIN.
KEDUA, MENDAPATKAN LIMPAHAN KETENANGAN JIWA DAN BELAS KASIHAN DARIPADA ALLAH.


3. MELIHAT ORANG YANG DI BAWAH, JANGAN LIHAT KE ATAS

KETENANGAN JIWA AKAN DIPEROLEH JIKA KITA SENANTIASA BERSYUKUR ATAS SEGALA PEMBERIAN ALLAH MESKIPUN TAMPAK SEDIKIT.
RASA SYUKUR ITU AKAN MUNCUL APABILA KITA SENANTIASA MELIHAT ORANG YANG KEADAANNYA LEBIH RENDAH DARIPADA KITA, BAIK DALAM HAL KEBENDAAN, KESIHATAN, RUPA, PEKERJAAN DAN PEMIKIRAN.
BETAPA BANYAK DI DUNIA INI ORANG YANG KURANG BERUNTUNG. RASA SYUKUR ITU SELAIN MENDATANGKAN KETENANGAN JIWA, JUGA GANJARAN DARIPADA ALLAH.

4. MENJAGA SILATURAHIM

MANUSIA ADALAH MAKHLUK YANG PERLU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN MANUSIA LAIN. PELBAGAI KEPERLUAN HIDUP TAKKAN MUNGKIN BOLEH DIRAIH TANPA ADANYA BANTUAN DARIPADA ORANG LAIN.
DALAM HADIS RASULULLAH DIPERINTAHKAN UNTUK TETAP MENJALIN SILATURAHIM SEKALIPUN TERHADAP ORANG YANG MELAKUKAN PERMUSUHAN KEPADA KITA. RASULULLAH BERSABDA BAHAWA SILATURAHIM DAPAT MEMANJANGKAN UMUR DAN MENDATANGKAN REZEKI.
HUBUNGAN YANG BAIK DI DALAM KELUARGA, MAHUPUN DENGAN TETANGGA AKAN MENCIPTAKAN KETENANGAN, KEDAMAIAN DAN KEMESRAAN. HUBUNGAN YANG BAIK ITU JUGA AKAN MELERAIKAN SIFAT DENGKI, BURUK SANGKA, IRI HATI, BESAR DIRI DAN SEBAGAINYA.

5. BANYAK MENGUCAPKAN “LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH“

SUMBER KETENANGAN JIWA YANG HAKIKI BERSUMBER DARIPADA ALLAH. OLEH ITU, HENDAKLAH KITA SELALU MENGHADIRKAN ALLAH DALAM SEGALA KEADAAN, BAIK DALAM KEADAAN SENANG ATAUPUN SUSAH.
KUATNYA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH AKAN MEMBUATKAN JIWA SESEORANG ITU MENJADI KUAT, TIDAK MUDAH GOYAH. APABILA KITA LALAI MENGINGATI ALLAH, MAKA IA MEMBUKA PELUANG BAGI SYAITAN MEMPENGARUHI FIKIRAN KITA.


6. MENGATAKAN YANG HAQ (BENAR) SEKALIPUN PAHIT

HIDUP INI HARUS DIJAGA AGAR SENANTIASA BERADA DI ATAS JALAN KEBENARAN. KEBENARAN HARUS DIPERJUANGKAN.
PELANGGARAN TERHADAP KEBENARAN AKAN MENDATANGKAN KEGELISAHAN. KETENANGAN JIWA AKAN TERCAPAI APABILA KITA TIDAK MELANGGAR NILAI KEBENARAN.
SEBALIKNYA, PELANGGARAN TERHADAP KEBENARAN AKAN BERPENGARUH TERHADAP KETENANGAN JIWA. LIHAT SAJA ORANG YANG KERAP MELAKUKAN MAKSIAT DALAM HIDUPNYA, MEREKA AKAN BERASA GELISAH WALAUPUN NAMPAK SENANG DAN CERIA.


7. TIDAK AMBIL PEDULI TERHADAP CELAAN ORANG LAIN ASALKAN YANG KITA LAKUKAN BENAR KERANA ALLAH

SALAH SATU FAKTOR YANG MEMBUAT JIWA SESEORANG TIDAK TENANG ADALAH KERANA SELALU MENGIKUTI PENILAIAN ORANG TERHADAP DIRINYA.
SEORANG AKAN MEMILIKI PENDIRIAN KUAT JIKA BERPEGANG KEPADA PRINSIP YANG DATANG DARIPADA ALLAH.


8. TIDAK MEMINTA KEPADA ORANG LAIN

“TANGAN DI ATAS (MEMBERI) LEBIH MULIA DARI TANGAN DI BAWAH” ADALAH HADIS RASULULLAH YANG MERANGSANG SETIAP MUKMIN UNTUK HIDUP BERDIKARI.
TIDAK BERGANTUNG DAN MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN KERANA ORANG YANG BERDIKARI JIWANYA AKAN KUAT DAN SIKAPNYA LEBIH BERANI DALAM MENGHADAPI KEHIDUPAN.
SEBALIKNYA, ORANG YANG SELALU MEMINTA-MINTA MENGGAMBARKAN JIWA YANG LEMAH.


9. MENJAUHI HUTANG

DALAM SEBUAH HADIS, RASULULLAH DENGAN TEGAS MENGATAKAN:
“JANGANLAH ENGKAU JADIKAN DIRIMU KETAKUTAN SETELAH MERASAI KETENANGAN!”
SAHABAT BERTANYA: “BAGAIMANA BOLEH TERJADI SEPERTI ITU!”
SABDANYA: “KERANA HUTANG.”
BEGITULAH KENYATAANNYA. ORANG YANG BERHUTANG AKAN SENANTIASA DIHANTUI KETAKUTAN KERANA DIA DIKEJAR-KEJAR UNTUK SEGERA MEMBAYARNYA.
INILAH SALAH SATU FAKTOR YANG MEMBUAT RAMAI ORANG MENGALAMI TEKANAN JIWA. RASULULLAH JUGA MENGATAKAN:
“HENDAKLAH KAMU JAUHI HUTANG KERANA HUTANG ITU MENJADI BEBAN FIKIRAN DI MALAM HARI DAN RASA RENDAH DIRI DI SIANG HARI.”


10. SELALU BERFIKIR POSITIF

MENGAPA SESEORANG MUDAH BERASA TERTEKAN? SALAH SATU FAKTORNYA KERANA DIA SELALU DIBAYANGI FIKIRAN NEGATIF, SELALU MENCELA DAN MENYESALI KEKURANGAN DIRI.
PADAHAL, KITA DIBERIKAN ALLAH PELBAGAI KELEBIHAN. UBAHLAH FIKIRAN NEGATIF ITU MENJADI POSITIF. UBAHLAH UNGKAPAN KELUH KESAH YANG MEMBUAT MUKA BERKERUT, BADAN LEMAS, UBAHLAH DENGAN UNGKAPAN SENANG.
BUKANKAH DI SEBALIK KESULITAN DAN KEGAGALAN ITU ADA HIKMAH YANG BOLEH JADI PENGAJARAN?


SUMBER RUJUKAN : TULISAN USTAZ MOHD ZAWAWI YUSOH


SAYA HARAP ARTIKEL INI SIKIT SEBANYAK MEMBERIKAN PANDUAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH DALAM MENCARI KETENANGAN JIWA DAN KEBAHAGIAAN HIDUP, INSYAALLAH.

LAGI

DOSA-DOSA BESAR

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI DOSA SYIRIK, DAN DIA MENGAMPUNI SEGALA DOSA YANG SELAIN DARI (SYIRIK) ITU, BAGI SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA". (AN NISAA: 48)

DAN ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKAN (SESUATU DENGAN) ALLAH, MAKA PASTI ALLAH MENGHARAMKAN KEPADANYA SURGA". (AL MAAIDAH: 72)

SELANJUTNYA IA MENAMBAHKAN: [DOSA BESAR YANG KEDUA ADALAH] BERPUTUS ASA DARI MENDAPATKAN RAHMAT ALLAH SWT. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA TIADA BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH, MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"".(YUUSUF: 87).

DEMIKIANLAH, ABU ABDILLAH JA'FAR SHADIQ MENGUNGKAPKAN HUKUM SAMBIL MENYEBUTKAN DALILNYA DARI AL QURAN. BERIKUTNYA IA MEMBERIKAN PENJELASAN SELANJUTNYA: [DOSA BESAR YANG BERIKUTNYA ADALAH:] MERASA AMAN DARI ANCAMAN ALLAH SWT. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"TIADALAH YANG MERASA AMAN DARI AZAB ALLAH KECUALI ORANG-ORANG YANG MERUGI." (AL A'RAAF: 99)

DOSA BESAR YANG KEEMPAT ADALAH: BERBUAT DURHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA. KARENA ALLAH SWT MENSIPATI ORANG YANG BERBUAT DURHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUANYA SEBAGAI ORANG YANG JABBAAR SYAQIY 'ORANG YANG SOMBONG LAGI CELAKA'. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"DAN BERBAKTI KEPADA IBUKU, DAN DIA TIDAK MENJADIKAN AKU SEORANG YANG SOMBONG LAGI CELAKA". (MARYAM: 32).

DOSA BESAR YANG BERIKUTNYA ADALAH: MEMBUNUH. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"DAN BARANGSIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MU'MIN DENGAN SENGAJA, MAKA BALASANNYA IALAH JAHANNAM, KEKAL IA DI DALAMNYA". (AN NISAA: 93).

DOSA BESAR YANG BERIKUTNYA ADALAH: MENUDUH WANITA BAIK-BAIK BERBUAT ZINA. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENUDUH WANITA-WANITA YANG BAIK-BAIK, YANG LENGAH LAGI BERIMAN (BERBUAT ZINA), MEREKA KENA LA'NAT DI DUNIA DAN AKHIRAT, DAN BAGI MEREKA AZAB YANG BESAR". AN NUUR: 23)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: MEMAKAN RIBA. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"ORANG-ORANG YANG MAKAN (MENGAMBIL) RIBA TIDAK DAPAT BERDIRI MELAINKAN SEPERTI BERDIRINYA ORANG YANG KEMASUKAN SYAITAN LANTARAN (TEKANAN) PENYAKIT GILA". (AL BAQARAH: 275)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: LARI DARI MEDAN PERTEMPURAN. MAKSUDNYA, SAAT KAUM MUSLIMIN DISERANG OLEH MUSUH MEREKA, DAN KAUM MUSLIMIN MAJU MEMPERTAHANKAN DIRI DARI SERANGAN MUSUH ITU, KEMUDIAN ADA SESEORANG INDIVIDU MUSLIM YANG MELARIKAN DIRI DARI PERTEMPURAN ITU. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"BARANGSIAPA YANG MEMBELAKANGI MEREKA (MUNDUR) DI WAKTU ITU, KECUALI BERBELOK UNTUK (SIASAT) PERANG ATAU HENDAK MENGGABUNGKAN DIRI DENGAN PASUKAN YANG LAIN, MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU KEMBALI DENGAN MEMBAWA KEMURKAAN DARI ALLAH, DAN TEMPATNYA IALAH NERAKA JAHANNAM. DAN AMAT BURUKLAH TEMPAT KEMBALINYA". (AL ANFAAL: 16)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: MEMAKAN HARTA ANAK YATIM. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM SECARA ZALIM, SEBENARNYA MEREKA ITU MENELAN API SEPENUH PERUTNYA DAN MEREKA AKAN MASUK KE DALAM API YANG MENYALA-NYALA (NERAKA)". (AN NISAA: 10)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: BERBUAT ZINA. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"BARANGSIAPA YANG MELAKUKAN DEMIKIAN ITU, NISCAYA DIA MENDAPAT (PEMBALASAN) DOSA (NYA), (YAKNI) AKAN DILIPAT GANDAKAN AZAB UNTUKNYA PADA HARI KIAMAT DAN DIA AKAN KEKAL DALAM AZAB ITU". (AL FURQAAN: 68-69)
TENTANG MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN, ADALAH SEPERTI DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SWT:
"DAN JANGANLAH KAMU (PARA SAKSI) MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN. DAN BARANGSIAPA YANG MENYEMBUNYIKANNYA, MAKA SESUNGGUHNYA IA ADALAH ORANG YANG BERDOSA HATINYA". (AL BAQARAH: 283)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: SUMPAH PALSU. YAITU JIKA SESEORANG BERSUMPAH UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN, NAMUN TERNYATA IA TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN ITU. ATAU IA BERSUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN, NAMUN NYATANYA IA KEMUDIAN MELAKUKAN PERBUATAN ITU. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENUKAR JANJI (NYA DENGAN) ALLAH DAN SUMPAH-SUMPAH MEREKA DENGAN HARGA YANG SEDIKIT, MEREKA ITU TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN (PAHALA) DI AKHIRAT, DAN ALLAH TIDAK AKAN BERKATA-KATA DENGAN MEREKA DAN TIDAK AKAN MELIHAT KEPADA MEREKA PADA HARI KIAMAT DAN TIDAK (PULA) AKAN MENSUCIKAN MEREKA. BAGI MEREKA AZAB YANG PEDIH". (ALI IMRAAN: 77 )

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: BERBUAT KHIANAT ATAS HARTA PAMPASAN PERANG. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"BARANGSIAPA YANG BERKHIANAT DALAM URUSAN RAMPASAN PERANG ITU, MAKA PADA HARI KIAMAT IA AKAN DATANG MEMBAWA APA YANG DIKHIANATKANNYA ITU". (ALI IMRAAN: 161)

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: MEMINUM KHAMAR [MINUMAN KERAS]. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"SESUNGGUHNYA (MEMINUM) KHAMAR, BERJUDI, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, MENGUNDI NASIB DENGAN PANAH, ADALAH PERBUATAN KEJI TERMASUK PERBUATAN SYAITAN. MAKA JAUHILAH PERBUATAN-PERBUATAN ITU AGAR KAMU MENDAPAT KEBERUNTUNGAN". (AL MAAIDAH: 90).

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: MENINGGALKAN SHALAT. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"APAKAH YANG MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SAQAR (NERAKA)?" MEREKA MENJAWAB: "KAMI DAHULU TIDAK TERMASUK ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SHALAT". (AL MUDDATS-TSIR: 42-43 )

DOSA BESAR BERIKUTNYA ADALAH: MELANGGAR PERJANJIAN DAN MEMUTUSKAN TALI SILATURAHMI. KARENA TALI SILATURAHMI ADALAH SALAH SATU IKATAN YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK DISAMBUNG. TENTANG HAL INI ALLAH SWT BERFIRMAN:
"(YAITU) ORANG-ORANG YANG MELANGGAR PERJANJIAN ALLAH SESUDAH PERJANJIAN ITU TEGUH, DAN MEMUTUSKAN APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH (KEPADA MEREKA) UNTUK MENGHUBUNGKANNYA DAN MEMBUAT KERUSAKAN DI MUKA BUMI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI". (AL BAQARAH: 27 )

LAGI

KESAN SOLAT

SOLAT MERUPAKAN SUATU KEFARDHUAN YANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAM YANG MUKALLAF. DIANTARA KESAN-KESAN MELAKSANAKAN SOLAT SEPERTI:

DISIPLIN
DISIPLIN ERTINYA "PERATURAN". ORANG YANG SOLAT AKAN SENTIASA MEMATUHI SYARAT, RUKUN DAN SUNAT DI DLAM SOLAT. DIA AKAN MENDAHULUI DAN MENGUTAMAKAN YANG WAJIB DARI YANG SUNAT. DENGAN ITU , HIDUPNYA AKAN TERATUR (TERDISIPLIN). SOLAT JUGA MENGATUR AGAR KITA SENTIASA FOKUS DALAM HIDUP (KIBLAT DAN SOLAT).

KEPATUHAN
SOLAT MENGAJAR KITA TENTANG KEPATUHAN KEPADA ALLAH, KEPADA RASUL, KEPADA IMAM. DALAM SOLAT JEMAAH, ADA KONSEP KEPATUHAN YANG JELAS. YAKNI TIDAK BOLEH TERLALU TERTINGGAL (DUA RUKUN FI'LI) DARIPADA IMAM.

KEPIMPINAN & KEPENGIKUTAN
SIAPA YANG MENJADI PEMIMPIN, PERLU PRIHATIN DENGAN KEADAAN ORANG YANG DIPIMPIN. TIDAK BOLEH MEMBERATKAN SOLAT DENGAN MEMANJANGKAN BACAAN (JIKA ADA ORANG TUA, SAKIT DAN IBU-IBU). TEGURAN TERHADAP IMAM MESTI BERSOPAN DAN BERADAB DENGAN BAHASA YANG PALING BAIK, YAKNI KALIMAH "SUBHANALLAH". ERTINYA MENEGUR MESTI DENGAN NIAT KERANA ALLAH. IMAMYANG DITEGUR PULA HENDAKLAH SEGERA MEMBAIKI KESALAHAN ITU. JIKA TIDAK, MAKMUN BOLEH MUFARAKAH.

PENYUCIAN DAN KEBERSIHAN
UNTUK SOLAT MESTI MEMBERSIH DARI HADAS KECIL DAN BESAR SERTA NAJIS. KITA BERWUDUK DENGAN MEMBASUH HUJUNG-HUJUNG ANGGOTA. PAKAIAN, TEMPAT SUJUD MESTILAH BERSIH DAN SUCI. BILA BERWUDUK DOSA KECIL DIAMPUNKAN. HATI KITA MESTI BERSIH DARIPADA SELAIN ALLAH.

PENJAGAAN DAN KETEPATAN MASA
SENTIASA MENGAWASI MASUKNYA WAKTU. TIDAK BOLEH LALAI, HINGGA TERLUPUT WAKTU. ADA LIMA WAKTU SOLAT YANG DENGAN MENJAGANYA AKAN TERJAGALAH MASA KITA DARIPADA PERBUATAN YANG SIA-SIA

KERJASAMA KUMPULAN DAN PERPADUAN
GERAK SERENTAK SEMASA MENJADI MAKMUM. SAF YANG LURUS, RAPAT ANTARA BAHU DAN TUMIT ADALAH LAMBANG PERPADUAN. ALLAH AKAN MENYATUKAN ORANG YAG BENAR-BENR SOLAT

MENGAWAL DIRI
ORANG YANG SOLAT SENTIASA MENGAWAL HATI, PEMIKIRAN, PERASAAN DAN ANGGOTANYA AGAR TIDAK MEMBUAT KERJA SELAIN YANG MENJADI RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI. JIKA ADA MEMBUAT GERAKAN BESAR TIGA KALI BERTURUT, MAKA SOLATNYA BOLEH TERBATAL. JIKA FIKIRAN DA HATINYA MELAYANG MAKA INGATAN, HUBUNGAN DAN MUNAJATNYA DENGAN ALLAH AKAN TERGANGGU. JADI IA AKAN TERUS BERUSAHAUNTK MENGAWAL DIRI DALAM SOLAT DAN DI LUAR SOLATNYA.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan