بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG)
PENGALAMAN MENJADI GURU AGAMA A.K.A KEPADA PELAJAR FASA REMAJA SESUATU YANG BERHARGA BUAT MF. SEBAB APA? SEBABNYA FASA REMAJA NI ADALAH PERUBAHAN DARI KANAK-KANAK KE ALAM REMAJA. SALAH SATU PERKARA YANG DITEKANKAN DALAM FASA INI IALAH FASA BALIGH.
MASA UMUR TINGKATAN SATU, DUA NI LAH KEBANYAKAN PELAJAR MF AKAN CAPAI USIA BALIGH. MEREKA MULA DITEKANKAN DENGAN BAB MANDI WAJIB DAN JUGA ASAS AQIDAH YANG LAIN.
BILA SEBUT BAB BALIGH NI... MF SELALU BERI TUMPUAN KEPADA PELAJAR LELAKI... SEBAB KALAU PELAJAR PEREMPUAN NI KEBANYAKANNYA TAHU FASA BALIGH MEREKA IAITU KEDATANGAN HAID. TAMBAHAN PULA ZAMAN MODEN SEKARANG NI...WANITA HAID NI DAH TAK TAHU MALU... MAU TAKNYA.. ZAMAN MF DULU MANA ADA IKLAN PAD ATAU TUALA WANITA SEPERTI SEKARANG NI. JADI, TAK MUSTAHIL BUDAK SEKOLAH TADIKA TAHU KEGUNAAN BENDA ALAH TU KAN...
JADI, DARI PENGALAMAN MF NI, KEBANYAKAN PELAJAR TAK TAHU MEREKA DAH BALIGH KE BELUM... SEBENARNYA BAB NI PERLU DITEKANKAN OLEH IBU BAPA... IBU BAPA YANG PERLU DIDIK AWAL DAN DIKUKUHKAN DENGAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH. TAPI SEBALIKNYA, DAH KAT SEKOLAH BARU NAK TAHU BAB BALIGH NI...
IBU BAPA WAJIB AMBIL PERANAN UNTUK MENGHADAPI FASA ANAK BALIGH NI... MEREKA PERLU JELASKAN TIGA PERKARA ASAS. SEMUA PERKARA INI PERLU DILAKUKAN SETAHUN ATAU DUA TAHUN SEBELUM MEREKA MENCAPAI USIA MATANG.
SUMBER: GOOGLE IMAGES
TIGA PERKARA ASAS YANG PERLU DIJELASKAN KEPADA ANAK-ANAK SEBELUM MEREKA BALIGH:
1. MENGENALI DARAH HAID BAGI ANAK PEREMPUAN DAN AIR MANI DAN MIMPI BASAH BAGI ANAK LELAKI. SEBAIKNYA IBU MEMAINKAN PERANAN MENJELASKAN MENGENAI KEDATANGAN HAID BAGI ANAK GADIS YANG MENCAPAI USIA TERTENTU SEKITAR SEMBILAN ATAU 10 TAHUN. KESAN DARIPADA PENGELUARAN DARAH HAID INI MUNGKIN MENYEBABKAN ANAK BERASA SAKIT SEDIKIT ATAU SAKIT YANG TERUK SEPERTI SENGGUGUT. DIA JUGA MUNGKIN BERASA LEMAH DAN TIDAK BERMAYA UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA LAIN.
BAGI LELAKI PULA, BAP LEBIH SESUAI MEMBERIKAN PENJELASAN MENGENAI BALIGH DAN MIMPI BASAH PERTAMA YANG MENANDAKAN AKIL BALIGH. DALAM USIA ANAK MENCAPAI 12 HINGGA 15 TAHUN, MEREKA SUDAH MULA MENGALAMI MIMPI BASAH, IAITU MIMPI YANG MENYEBABKAN MEREKA MENGELUARKAN AIR MANI. MIMPI YANG BAGAIMANA YANG DIKATAKAN MIMPI BASAH TU... PERLU DITERANGKAN KEPADA ANAK SEBAGAI PENDEDAHAN AWAL. BAPA JUGA PERLU MENERANGKAN CIRI-CIRI AIR MANI YANG PEKAT, BEWARNA KEPUTIHAN DAN BAUNYA PERLU DITERANGKAN KEPADA ANAK. SEKIRANYA TIDAK, DIBIMBANGI ANAK TIDAK DAPAT MENGETAHUI DIA TELAH BERMIMPI BASAH DAN TIDAK MANDI WAJIB.
2. MENJELASKAN PERUBAHAN YANG BERLAKU KE ATAS FIZIKAL DAN EMOSI MEREKA BAGI MEMBANTU MEREKA MENGHADAPINYA DENGAN BAIK.
A. PERUBAHAN FIZIKAL DAN MENTAL BAGI ANAK PEREMPUAN YANG TELAH BALIGH. - PAYUDARA MENJADI LEBIH BESAR DARIPADA SEBELUM INI. PEMBESARAN SECARA PERLAHAN-LAHAN INI KADANG KALA RASA SAKIT HINGGA TIDAK BOLEH DISENTUH. - BULU ARI-ARI MULA TUMBUH PADA BAHAGIAN ARI-ARI. MEREKA PERLU DIAJAR MENCUKUR BAGI MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN SULIT. IBU BAPA KENA BELIKAN PENCUKUR UNTUK MEREKA MEMBERSIHKAN BAHAGIAN ALAT SULIT.
B. PERUBAHAN FIZIKAL DAN EMOSI LELAKI YANG BALIGH: - SUARA MENJADI GARAU DAN SERAK. - BULU ARI-ARI MULA TUMBUH PADA KEMALUAN - OTOT TUBUH MULA KELIHATAN. - MISAI DAN JANGGUT TUMBUH.
3. MENGAJAR KEPADA MEREKA HUKUM HAKAM BAGI ANAK YANG SUDAH BALIGH. MASA NI KENA AJAR DAH APA ITU HADAS BESAR DAN HADAS KECIL.
PERNAH MF TANYA ANAK MURID MF APA BEZA HADAS BESAR DAN KECIL.. BOLEH MEREKAJAWAB, HADAS BESAR TU BUANG AIR BESAR DAN HADAS KECIL TU BUANG AIR KECIL... HUHU... MENGUCAP PANJANG DENGAR JAWAPAN MACAM TU DARI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN DUA.
A. KEWAJIPAN MELAKSANAKAN IBADAT BAGI ANAK YANG SUDAH BALIGH ADALAH SEPERTI ORANG DEWASA. APABILA BALIGH, MEREKA SUDAH WAJIB MENUNAIKAN SOLAT FARDU DAN PUASA RAMADAN DENGAN SEMPURNA. SEKIRANYA SEBELUM BALIGH IBU BAPA SUDAH MENDIDIK MEREKA BERSOLAT DAN BERPUASA DENGAN BAIK, TIADA MASALAH BAGI MEREKA MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB INI DENGAN SEMPURNA. APA PUN PERLU DITEKANKAN BAHAWA BILA SUDAH BALIGH JIKA SENGAJA TAK BUAT AKAN BERDOSA.
B. PENGHARAMAN BERIBADAH SEPERTI SOLAT, MEMBACA DAN MEMEGANG AL-QURAN DAN PUASA KETIKA SEDANG HAID.
C. MENGENALI WAKTU PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN DARAH HAID BAGI MENGETAHUI WAKTU WAJIB MELAKUKAN IBADAH DAN WAKTU DIHARAMKAN. TEMPOH MINIMUM HAID ADALAH SEHARI SEMALAM, TEMPOH BIASA IALAH TUJUH HARI TUJUH MALAM SEMENTARA PALING LAMA IALAH SELAMA 15 HARI. SELEPAS HARI KE-15, DARAH YANG KELUAR DIANGGAP SEBAGAI DARAH ISTIHADHAH YANG MEWAJIBKAN PEREMPUAN BERSOLAT. MEREKA PERLU DIAJAR BERSUCI, BERWUDUK DAN BERSOLAT DALAM KEADAAN ISTIHADAH. BAB DARAH NI SANGAT JARANG ANAK-ANAK TAHU. SAMPAI KAT SEKOLAH BARU NAK TAHU... ITUPUN JIKA DITERANGKAN OLEH USTAZAH... JIKA TAK PASTI MEREKA MALU NAK TANYA.
D. MENUNJUKKAN TATACARA MANDI WAJIB SELEPAS BERSIH DARIPADA HAID ATAU SELEPAS MIMPI BASAH ATAU SELEPAS KELUAR AIR MANI. KECUAIAN DALAM MENDIDIK ANAK MANDI WAJIB DENGAN SEMPURNA MENYEBABKAN HADAS BESAR TIDAK TERANGKAT DAN SEGALA IBADAH YANG MEWAJIBKAN BERSIH DARIPADA HADAS BESAR, MENJADI TIDAK SAH. PERKARA NI PUN RAMAI TAK TAHU... SAMPAI KAT SEKOLAH BARULAH NAK BELAJAR MANDI WAJIB YANG BETUL. BAGI MF ZAMAN SEKARANG NI DAH TAK SUSAH... BUKU BERSEPAH DI PASARAN... MALAS SANGAT GOOGLE AJE... INSHA ALLAH ADA CARANYA...
E. MENGURUSKAN TUALA WANITA YANG TELAH DIGUNAKAN. TUALA WANITA YANG MEMPUNYAI DARAH HAID PERLU DIURUSKAN DENGAN BAIK. TUALA YANG BERDARAH INI SEBAIKNYA DIBASUH DULU HINGGA HILANG KESAN DARAH PADANYA SEBELUM DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH ATAU LEBIH BAIK DITANAM.
F. PERLU WAJIB PELIHARA AURAT. MEMBIMBING MEREKA MEMELIHARA AURAT MEREKA DAN MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA DARIPADA MELIHAT AURAT ORANG LAIN. APABILA BALIGH, BERLAKU PERUBAHAN PADA TUBUH ANAK GADIS HINGGA MENJADIKANNYA LEBIH WANITA DARIPADA SEBELUM INI. JUSTERU, MEREKA PERLU MEMELIHARA AURAT MEREKA DAN MEMAKAI PAKAIAN YANG MEMELIHARA AURAT DENGAN SEMPURNA. MEREKA JUGA PERLU DILATIH AGAR MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA DARIPADA MELIHAT AURAT ORANG LAIN DAN MELIHAT PERKARA YANG BOLEH MENAIKKAN SYAHWAT SEPERTI MENONTON TELEVISYEN DAN MELAYARI INTERNET.
BAB AURAT NI SEBAIKNYA DIDIKLAH SEDARI ANAK PEREMPUAN TU KECIL. BIASAKAN MEREKA PAKAI BAJU YANG LONGGAR DAN BERLENGAN PANJANG SERTA BERTUDUNG... LATIH AWAL TANPA PAKSAAN... BUKAN APA... JIKA DAH BALIGH BARU NAK AJAR, AGAK LIAT NANTI.. JADI BILA DAH TERBIASA.. INSHA ALLAH.. TAKDE MASALAH ANAK TU NAK IKUT... TUTUP AURAT BUKAN SEKADAR TUDUNG... TAPI JUGA PAKAIAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA.
G. HADKAN PERGAULAN MEREKA DENGAN KAWAN-KAWAN DAN AHLI KELUARGA. SEKIRANYA SEBELUM INI, ANAK PEREMPUAN KITA BEBAS BERMAIN BERSAMA ADIK BERADIK, SAUDARA MARA DAN JIRAN YANG BERLAINAN JANTINA, SELEPAS BALIGH PERGAULAN SEPERTI INI PERLU DIHADKAN. SENDA GURAU ANTARA ADIK BERADIK JUGA ADA HAD TERTENTU. MALAH MEREKA JUGA PERLU MENJAGA BATASAN MEREKA DENGAN IBU BAPA MEREKA SENDIRI. TIDAK BOLEH LAGI BERPELUK CIUM SECARA BERLEBIH DENGAN ABANG, ADIK LELAKI, AYAH, BAPA SAUDARA ATAU DATUK.
H. MEMELIHARA AURAT WAKTU DENGAN MEMINTA IZIN TERLEBIH DULU SEBELUM MEMASUKI BILIK IBU BAPA ATAU SAUDARA YANG SUDAH BERKELAMIN. FIRMAN ALLAH BERKAITAN ISU INI BERMAKSUD: “WAHAI ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH HAMBA-HAMBA KAMU DAN ORANG YANG BELUM BALIGH DARIPADA KALANGAN KAMU, MEMINTA IZIN KEPADA KAMU (SEBELUM MASUK KE TEMPAT KAMU) DALAM TIGA MASA; (IAITU) SEBELUM SEMBAHYANG SUBUH, DAN KETIKA KAMU MEMBUKA PAKAIAN KERANA KEPANASAN TENGAH HARI, DAN SESUDAH SOLAT ISYAK; ITULAH TIGA MASA BAGI KAMU (YANG BIASANYA TERDEDAH AURAT KAMU PADANYA). KAMU DAN MEREKA TIDAKLAH BERSALAH KEMUDIAN DARI TIGA MASA BERKENAAN, (KERANA MEREKA) ORANG YANG SELALU KELUAR MASUK DI ANTARA KAMU DAN MEREKA. DAN APABILA KANAK-KANAK DARIPADA KALANGAN KAMU TELAH BALIGH, MAKA HENDAKLAH MEREKA MEMINTA IZIN SAMA SEPERTI CARA MINTA IZIN ORANG YANG BERKENAAN DULU, DEMIKIANLAH ALLAH MENERANGKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT-NYA; DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA. – (SURAH AN-NUR, AYAT 23-24)
INILAH PERANAN IBU BAPA BILA ANAK MENCAPAI USIA BALIGH... JANGAN PANDANG MUDAH... INI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI IBU BAPA.. BUKAN TANGGUNGJAWAB CIKGU SEKOLAH... PENDIDIKAN AWAL BERMULA DARI RUMAH... JANGAN HANYA TEKANKAN BAB AKADEMIK SAHAJA, TANPA TERAPKAN ILMU ASAS FARDHU AIN DI RUMAH.
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA.