:
Falsafah


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah  satu usaha berterusan Ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia  yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ABIM

Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan ke arah memeperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Allah untuk melahirkan insane yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, berketerampilan , bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap ummah